Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA PENGARAH JABATAN PENYIARAN MALAYSIA

1 November 2025
KETENGAH ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA PENGARAH JABATAN PENYIARAN MALAYSIA

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Suhami Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia bertempat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.


Lawatan ini diketuai oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH bersama-sama pengurusan iaitu Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat), Puan Fadhlina binti Mohamed, Pengurus Pelancongan, Encik Hazroll Eizwal bin Jasni, Pengurus Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Puan Hajah Nor Farhana binti Maharudin Ketua Unit Komunikasi Korporat. Kunjung hormat ini juga turut disertai oleh Puan Nor Najihah binti Sukor, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).


Kunjungan ini bertujuan menjalin kerjasama strategik dalam aspek publisiti dan liputan media sempena Festival Kenyir Geopark 2025 yang akan diadakan pada 30 Oktober hingga 1 November 2025 di Pulau Poh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. KETENGAH berharap agar kerjasama ini dapat memperluaskan capaian dan menarik lebih ramai pengunjung ke festival nanti.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.