logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Perasmian Festival Kenyir Geopark 2025

YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyempurnakan Majlis Perasmian Festival Kenyir Geopark 2025 yang mula berlangsung hari ini sehingga 1 November 2025 di Pulau Poh, Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu.

Festival ini dianjurkan untuk memperkukuh status Kenyir sebagai Geopark Kebangsaan dengan membawa tema ‘Menyusuri Panorama Tasik’. Pelbagai aktiviti menarik ditampilkan melalui festival ini, antaranya, pameran geologi, sukan air, persembahan kebudayaan dan program ekopelancongan yang menonjolkan keindahan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan utama di Terengganu.

Penganjuran festival ini bukan sahaja merancakkan pelancongan Terengganu, malah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara warisan alam yang berharga.

Turut hadir di majlis ini ialah YBhg. Dato’ Abdul Kahar bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KKDW; YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH; serta YB Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu.

Terletak di Hulu Terengganu, Tasik Kenyir ialah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terkenal dengan keindahan semula jadinya. Dikelilingi hutan hijau, pulau-pulau kecil dan air terjun yang indah, tasik ini menjadi destinasi pelancongan yang penuh pesona