Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH SANTUNI IKS KEDA NAPOH, CUNGKIL PELUANG KERJASAMA PEMBANGUNAN USAHAWAN

5 November 2026
KETENGAH SANTUNI IKS KEDA NAPOH, CUNGKIL PELUANG KERJASAMA PEMBANGUNAN USAHAWAN

NAPOH, KEDAH – Dalam usaha memperkukuh hubungan strategik serta memperluas jaringan kerjasama antara agensi pembangunan wilayah, delegasi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan lawatan ke Industri Kecil dan Sederhana (IKS) KEDA Napoh selepas selesai mengikuti sesi lawatan penanda aras pendigitalan di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada sebelah pagi.


Lawatan ini memberi tumpuan kepada penerokaan potensi pembangunan perusahaan IKS menerusi perkongsian pengalaman dan pendedahan secara langsung terhadap kejayaan usahawan bimbingan KEDA, khususnya di Kilang Aiskrim Saljio dan Kilang Coklat Nokona.


Sepanjang lawatan, delegasi KETENGAH berpeluang meneliti perjalanan operasi kedua-dua perusahaan termasuk aspek pengeluaran produk, pengurusan perniagaan serta pendekatan yang digunakan dalam memastikan kelangsungan dan perkembangan perusahaan berasaskan industri makanan.


Perkongsian yang berlangsung turut memberi gambaran mengenai peranan sokongan dan bimbingan agensi dalam membantu usahawan meningkatkan keupayaan perniagaan, memperkukuh daya saing produk serta meneroka peluang pasaran yang lebih luas.


Delegasi turut disambut oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Mohd Azam bin Omar. Turut hadir mewakili KETENGAH ialah Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad.


Lawatan ini menjadi platform penting bagi kedua-dua agensi untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta mengenal pasti pendekatan terbaik dalam memperkasakan pembangunan usahawan, khususnya dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana.


Selain mengeratkan hubungan antara KEDA dan KETENGAH, kunjungan ini diharap dapat membuka ruang kepada jalinan kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan, sekali gus memberi nilai tambah kepada usaha pembangunan usahawan dan pertumbuhan ekonomi di wilayah masing-masing.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
578
Bulan Ini
24,148
Jumlah
4,006,145

Kemaskini: 5 November 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.