Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

SESI PENYERAHAN PERALATAN JAHITAN KEPADA PESERTA KURSUS LANJUTAN JAHITAN PROGRAM SURI IMPIAN (SURIA) KETENGAH TAHUN 2024 (FASA 1)

10 Disember 2024
SESI PENYERAHAN PERALATAN JAHITAN KEPADA PESERTA KURSUS LANJUTAN JAHITAN PROGRAM SURI IMPIAN (SURIA) KETENGAH TAHUN 2024 (FASA 1)

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi pelaksanaan Program Suri Impian (SURIA) Wilayah KETENGAH 2024.


Program ini melibatkan Ibu tunggal dan Suri rumah dalam Wilayah KETENGAH bertujuan untuk menambahkan pendapatan dan meningkatkan taraf hidup keluarga melalui skop kemahiran jahitan.


Bagi memastikan objektif pelaksanaan program ini tercapai, satu sesi penyerahan peralatan jahitan kepada peserta SURIA (Fasa 1) telah diadakan dan disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki dan Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, Encik Faizol bin Abd Aziz yang bertempat di Balai Raya Seberang Tayor Hulu, Kemaman.


KETENGAH berharap agar para peserta dapat menggunakan bantuan peralatan yang disediakan dengan sebaik-baiknya dan dapat membantu meningkatkan pendapatan para peserta semaksima mungkin. InsyaAllah.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.