Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

SESI PENYERAHAN PERALATAN JAHITAN KEPADA PESERTA KURSUS LANJUTAN JAHITAN PROGRAM SURI IMPIAN (SURIA) KETENGAH TAHUN 2024 (FASA 2)

10 Disember 2024
SESI PENYERAHAN PERALATAN JAHITAN KEPADA PESERTA KURSUS LANJUTAN JAHITAN PROGRAM SURI IMPIAN (SURIA) KETENGAH TAHUN 2024 (FASA 2)

KETENGAH telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi pelaksanaan Program Suri Impian (SURIA) Wilayah KETENGAH Tahun 2024. Program SURIA ini bertujuan untuk menambah pendapatan dan meningkatkan taraf hidup keluarga melalui kemahiran jahitan.


Bagi memastikan objektif pelaksanaan program ini tercapai, sesi penyerahan peralatan jahitan kepada peserta SURIA (Fasa 2) telah diadakan dan dibuat penyerahan oleh Puan Normaizatul Nabihah binti Zakari, Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial bertempat di Dewan Orang Ramai, Bandar Ketengah Jaya.


KETENGAH berharap agar para peserta dapat menggunakan bantuan peralatan yang disediakan dengan sebaik-baiknya dan dapat membantu meningkatkan pendapatan para peserta semaksima mungkin. InsyaAllah

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.