KETENGAH dengan kerjasama Persatuan Bekas Pegawai dan Kakitangan KETENGAH telah turun menyantuni pesara KETENGAH, Encik Mohamad Salleh bin Taib yang menetap di Bukit Besi bersama 3 ahli keluarga yang mana salah seorang anaknya berstatus OKU.
Beliau amat bersyukur dengan keprihatinan pihak Pengurusan KETENGAH membantu membaikpulih rumah beliau dan ianya telah memberi kelegaan buat beliau. Pihak KETENGAH turut memberikan sumbangan berbentuk barang keperluan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh beliau.
Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH telah bersama-sama terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong royong membaiki rumah pesara berkenaan.
Turut hadir Ketua Unit Integriti, Encik Shamsul Kamal bin Mohd Amin mewakili Pengurusan KETENGAH, Wakil Persatuan Bekas Pegawai dan Kakitangan KETENGAH, Wakil Majlis Bersama Jabatan dan Kelab Keluarga Ketengah(Kelab 3K) dalam menjayakan program yang telah diadakan.











