Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM ILMU KETENGAH 2025: 180 CALON SPM DIDEDAH DUNIA KAMPUS UITM DUNGUN

8 September 2025
PROGRAM ILMU KETENGAH 2025: 180 CALON SPM DIDEDAH DUNIA KAMPUS UITM DUNGUN

Seramai 180 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sekolah menengah dalam wilayah KETENGAH telah menyertai program lawatan akademik ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu, Kampus Dungun.


Lawatan ini merupakan sebahagian daripada Program Motivasi Tuisyen Intelek Muda (ILMU) Wilayah KETENGAH 2025 di bawah Rolling Plan Kelima (RP-5), Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12). Antara pengisiannya ialah taklimat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di UiTM serta sesi lawatan ke fasiliti universiti.


Program ini bertujuan memberi pendedahan awal dan menyuntik semangat kepada para pelajar untuk terus fokus dalam pelajaran menjelang peperiksaan SPM pada Disember 2025. Turut hadir menyantuni pelajar ialah Rektor UiTM Dungun, YBrs. Dr. Ermeey Abd. Kadir, bersama-sama urus setia dari Kolej KETENGAH dan pihak KETENGAH.


KETENGAH berharap inisiatif ini diharap dapat membuka minda pelajar, sekaligus menyemarakkan semangat serta kegigihan mereka untuk mengejar cita-cita dan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas tamat persekolahan menengah.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.