logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

KKDW & KETENGAH Terus Perkasa Belia Luar Bandar Melalui Program Asy-Syabab

Program Asy-Syabab 4.0 (Aspirasi Ahsan Syakhsiah Belia Luar Bandar) di bawah Program Bina Insan (PBI), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Siri II telah berjaya dianjurkan oleh KETENGAH pada 11 hingga 13 September 2025 di Hotel Permai, Kuala Terengganu.

Program yang dikendalikan oleh Al Fateh Training & Consultancy ini menghimpunkan seramai 38 belia dan beliawanis daripada keluarga B40 dan e-Kasih wilayah KETENGAH. Antara pengisian utama ialah sesi ice breaking, forensik diri, cetusan minda diri serta aktiviti eksplorasi Pasar Payang yang menekankan pembinaan keyakinan diri dan kerjasama berpasukan.

Majlis penutup disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Noor, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan yang mewakili YM. Dato’ Pengurus Besar KETENGAH, bersama-sama Yang Berusaha Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.

Program ini diharap dapat memberikan pengalaman bermakna serta nilai tambah yang mendorong para belia untuk membina corak kehidupan lebih positif pada masa hadapan.