Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Program Jalinan Madani Masyarakat Orang Asli Wilayah KETENGAH

25 Januari 2025
Program Jalinan Madani Masyarakat Orang Asli Wilayah KETENGAH

Telah berlangsung Program Jalinan Madani Masyarakat Orang Asli Wilayah KETENGAH di Kampung Sungai Pergam, Kemaman dengan kerjasama Persatuan Belia Felda Seberang Tayor Kemaman.


Program tersebut telah melibatkan komuniti orang asli dan agensi-agensi Kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Daerah Kemaman, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di samping diselit dengan acara sukan rakyat bersama komuniti.


Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi KETENGAH YBhg. Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad bin Said. Turur hadir mewakili YM Dato’ Pengurus Besar KETENGAH, Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, KETENGAH dan Tok Batin Kampung Sungai Pergam Encik Roslan bin Semail.


Semoga program-program yang dirangka dapat diteruskan lagi untuk memupuk keeratan antara masyarakat dengan agensi Kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam Wilayah KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.