logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM PENANAMAN POKOK BUAH-BUAHAN

Kawasan persekitaran Ibu Pejabat KETENGAH akan dihiasi dengan pelbagai pokok buah-buahan, di antaranya ialah ciku, nangka dan durian.

 Program ini dilaksanakan bertujuan membudayakan kesedaran dalam memelihara alam sekitar disamping dapat membentuk dan menyemai budaya serta gaya hidup menyayangi alam sekitar dalam kalangan warga KETENGAH.

Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Seri (Dr) Haji Ahmad bin Said hadir dan menanam sepohon pokok durian daripada jenis Musang King yang terkenal dengan kelazatannya.

Hadir sama Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa dan pengurusan tertinggi KETENGAH.