BICARA INTEGRITI KETENGAH TAHUN 2024

Unit Integriti dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) KETENGAH dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia (BNM) Kuala Terengganu telah mengadakan Program Bicara Integriti KETENGAH Tahun 2024 pada 16 Julai 2024 (Selasa) bertempat di Dewan Utama, Tingkat 3, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.
Objektif program ini adalah untuk mengetahui keperluan perancangan bagi perkara di luar jangkaan tanpa mengabaikan perlindungan diri dan orang tersayang serta jenayah kewangan yang melibatkan scammer.
Program ini telah disampaikan oleh penceramah Puan Junainah binti Ahmad Esa, Ketua Cawangan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Kuala Terengganu yang bertajuk “Lindungi Yang Tersayang” dan Encik Khairul Izran bin Daud, Pengurus, Unit Pembangunan Kewangan dan Pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM) Kuala Terengganu yang bertajuk “Jenayah Kewangan”.
Program ini telah dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Pengurus Bahagian, Ketua Unit, pegawai dan kakitangan serta Anak Syarikat Ketengah.





