logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KETENGAH Tahun 2023

Seramai 31 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH telah dirai sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KETENGAH Tahun 2023 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Terengganu.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Dalam ucapannya beliau berkata “Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penerima APC. Pesanan saya, kekalkanlah momentum kecemerlangan dan standard yang telah berjaya dicapai malah sentiasalah berusaha mempertingkatkan lagi kecemerlangan anda. Saya berdoa semoga dinamik kejayaan anda semua tidak akan terhenti di sini”.
YB Timbalan Menteri juga menambah “Seorang pegawai yang cemerlang seharusnya mempunyai tahap kecerdasan dan kecekapan yang tinggi, berkebolehan merancang, menganjur, menetapkan keutamaan dalam menyelesaikan masalah. Sentiasa mempersiapkan diri dalam mode bersedia dari segi mental dan fizikal adalah merupakan elemen penting dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab secara telus, adil dan saksama”.

Hadir sama pada majlis berkenaan YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, Encik Wan Aizuddin bin Wan Mohd Nasir, Ketua Penolong Pengarah Pejabat KKDW Negeri Terengganu, Pengurusan KETENGAH dan seluruh warga kerja KETENGAH.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Majlis APC KETENGAH. Syabas dan tahniah kepada semua penerima.