KETENGAH meneruskan pelaksanaan Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat Bersama Komuniti Wilayah KETENGAH yang akan dilaksanakan pada setiap bulan sepanjang tahun 2025. Masjid Kuala Jengal, Dungun telah dipilih untuk menjayakan siri kedua pada kali ini.
Pelaksanaan program dimulakan selepas Solat Maghrib berjemaah dengan Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh YBhg. Ustaz Baihaqi bin Zainal, pengajar dari Madrasatul Quran Pinang Baru, Kampung Wa Dungun. Program diteruskan dengan Sesi Tausiyyah atau “Pesanan Diri “ yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Muhammad Ilyas bin Halimi. Program ini berakhir dengan Solat Hajat berjemaah bertujuan memohon keselamatan dan kesejahteraan.
YBrs. Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Nor, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan dan YBrs. Encik Faizol Bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial bersama beberapa orang pegawai dan kakitangan turut hadir bersama-sama bagi menyemarakkan lagi pelaksanaan program. Hadir sama menyertai program ini seramai 54 orang pelajar-pelajar dari Madrasatul Quran Pinang Baru, Kampung Wa Dungun.
Semoga program ini dapat dilaksanakan pada bulan-bulan seterusnya sepanjang tahun 2025 dan sentiasa mendapat sambutan dan penyertaan daripada semua komuniti KETENGAH agar persefahaman dan persepakatan bersama sentiasa erat dan kukuh. Terima kasih semua yang terlibat khususnya komuniti penduduk di Kampung Kuala Jengal.















