logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Jalinan Kasih AKRAB KETENGAH

Seramai 29 kakitangan AKRAB KETENGAH telah menyertai Program Jalinan Kasih AKRAB KETENGAH, yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara ahli melalui pelbagai aktiviti dan program tahunan yang dirancang sepanjang tahun 2025.

Acara yang berlangsung di Kelab Golf Bukit Besi ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk memperkukuhkan hubungan sesama mereka dalam suasana santai tetapi bermakna. 

Program ini juga menjadi platform penting dalam merancang dan menyenaraikan aktiviti AKRAB sepanjang tahun serta memperkenalkan peranan dan fungsi AKRAB kepada kakitangan baru. Di samping itu budaya kerja berpasukan dan kepercayaan sesama kakitangan melalui pelbagai aktiviti berkumpulan telah dipupuk. Program ini juga telah memberikan inspirasi dan dorongan kepada ahli untuk lebih proaktif dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Hadir sama Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) selaku Penaung AKRAB dan program ini diketuai oleh Pengerusi AKRAB, Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Noor, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan.