KETENGAH Salur Kit Bantuan Bencana Kepada Mangsa Banjir
1 Disember 2024

Kit Bantuan Bencana berupa makanan kering dan keperluan asas terus disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam wilayah KETENGAH.
YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH mengagihkan kit berkenaan di PPS Kg. Felda Kerteh 4, PPS Pusat Latihan Felda Kerteh, PPS Dewan Masjid Kg. Serdang dan PPS Kg. Paya Kemudi.
KETENGAH berharap dengan bantuan sebegini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir.





