Cabaran Penalti Shoot Out dan Netball Shoot Out Tasik Kenyir 2026 Meriah

HULU TERENGGANU, 20 Jun 2026 – Cabaran Penalti Shoot Out dan Netball Shoot Out Tasik Kenyir 2026 yang berlangsung di Dataran Dapur Kenyir, Tasik Kenyir, berjaya menarik penyertaan komuniti setempat serta peminat sukan dari pelbagai peringkat umur.
Program yang dianjurkan itu mempertandingkan tiga kategori utama iaitu Penalti Shoot Out Terbuka, Penalti Shoot Out Bawah 12 Tahun dan Netball Shoot Out. Para pemenang menerima hadiah wang tunai dan berpeluang menyertai cabutan bertuah.
Bagi kategori Penalti Shoot Out Terbuka, pasukan 33 1A muncul juara dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000. Tempat kedua dimenangi oleh Emy Services yang menerima RM400, manakala AL768 3A menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM150.
Dalam kategori Penalti Shoot Out Bawah 12 Tahun, AL768 A muncul juara dan menerima RM200. AL768 B meraih tempat kedua dengan hadiah RM150. Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Aidan dan KETENGAH, yang membawa pulang RM75 setiap pasukan.
Sementara itu, bagi kategori Netball Shoot Out, pasukan Young Thunder B berjaya menjuarai pertandingan dan membawa pulang RM650. Pasukan Vixens muncul naib juara dengan hadiah RM300, manakala Kemat Titan dan Srikandi Jitu berkongsi tempat ketiga dengan masing-masing menerima RM175.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YBrs. Encik Hasri bin Omar, Pengurus Kanan (Korporat) KETENGAH. Hadir sama dalam majlis berkenaan Encik Shamsul Kamal bin Mohd Amin, Pengurus Zon Bebas KETENGAH.
Penganjuran program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan komuniti serta menyemarakkan aktiviti rekreasi dan sukan dalam kalangan masyarakat setempat. Tahniah kepada semua pemenang dan kepada Persatuan Bola Sepak EHM yang telah mengendalikan program ini.





