Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu Melawat Kawasan Tarikan Geopark Kenyir

20 Ogos 2025
DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu Melawat Kawasan Tarikan Geopark Kenyir

DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Dato’ Seri Muhammad Mua’az Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan meneruskan Program Eksplorasi Kenyir Geopark pada hari kedua.


Baginda telah dibawa melawat ke pusat tarikan utama Tasik Kenyir iaitu Santuari Kelah, Sungai Petang. Santuari Kelah pada asalnya dibangunkan untuk memulihara dan menggalakkan pembiakan ikan kelah liar di habitat semula jadi agar menjadi antara produk pelancongan di Terengganu.


Menyedari kepentingan untuk mengekalkan spesies ikan asal Tasik Kenyir ini, KETENGAH memulakan inisiatif menjalankan projek pemuliharaan pada 2005 dan menjinakkan ikan kelah liar untuk dijadikan antara produk tarikan pelancongan yang utama di Tasik Kenyir.


Perancangan strategik KETENGAH dan Kerajaan Negeri dalam memelihara warisan sungai dan spesies ikonik ini, kini disepadukan dengan aktiviti ekonomi berteraskan alam sekitar disamping menjadi pusat rujukan untuk kajian saintifik mengenai ikan kelah, termasuk pembiakan dan ekologi sungai.


DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu kemudiannya meneruskan aktiviti menaiki jetski menyelusuri sungai dan kawasan tasik sebelum berangkat pulang.

Hadir sama mengiringi baginda Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH bersama-sama pegawai kanan Kerajaan Negeri dan wakil agensi berkaitan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.