Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) mengambil langkah proaktif selaras dengan hasrat YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi yang mahu memperkasa agensi-agensi di bawah KKDW melalui penubuhan kumpulan asas pertahanan awam bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, KETENGAH telah menganjurkan Kursus Asas Pertahanan Awam (CDA-ERT) Siri Khas KETENGAH kepada seramai 27 orang pegawai dan kakitangan terpilih. Kursus selama tiga hari dua malam yang berlangsung di Felda Residence Hotel, Kuala Terengganu ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek pengurusan kecemasan, pertolongan cemas, pemadaman kebakaran asas serta tindakan penyelamatan awal.
Peserta telah mengikuti modul latihan selama 16 jam yang meliputi Pengenalan Pertahanan Awam, Asas Kawad Kaki, Asas Pertolongan Cemas, Asas Melawan Kebakaran, Asas Ikatan dan Simpulan
serta modul lain yang berkaitan dengan kesiapsiagaan kecemasan.
KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan anggota APM khususnya Leftenan Pertahanan Awam (PA) Mohd Nazri bin Zakaria, Koperal Pertahanan Awam (PA) Nor Farzila binti Mustafa, Lans Koperal Pertahanan Awam (PA) Mohd Khirul bin Hussin,
Prebet Pertahanan Awam (PA) Muhammad Hakimi bin Mohd Saidi, dan
Prebet Pertahanan Awam (PA) Nurul Athirah binti Yahaya.
Majlis penutupan rasmi kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH. Kursus ini juga telah dikendalikan oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia KETENGAH.
Melalui inisiatif ini, KETENGAH berharap dapat melahirkan pasukan sokongan awal yang berkemahiran, berdisiplin dan sentiasa bersedia dan komited dalam membantu mengurangkan risiko serta impak kecemasan di peringkat organisasi dan komuniti setempat di dalam Wilayah KETENGAH amnya.