Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

30 Peserta Sertai Kursus Pemerkasaan Komuniti Berdaya Saing KETENGAH 2025

4 Oktober 2025
30 Peserta Sertai Kursus Pemerkasaan Komuniti Berdaya Saing KETENGAH 2025

Seramai 30 peserta daripada komuniti Kampung Jerangau, Kampung Serdang dan Kampung Dadong di Wilayah KETENGAH telah menyertai Kursus, Program Pemerkasaan Komuniti Berdaya Saing (Komuniti Lestari) Tahun 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 3 hingga 4 Oktober di Hotel Tanjong Vista di sini.


Program anjuran KETENGAH itu bertujuan memperkukuh pengetahuan serta kemahiran peserta dalam aspek pengurusan, kewangan, keusahawanan dan pemasaran digital koperasi, selaras dengan hasrat melahirkan komuniti yang progresif, mampan dan berdaya saing.


Sepanjang program, peserta mengikuti beberapa sesi bimbingan dan perkongsian ilmu yang dikendalikan oleh institusi berkaitan, antaranya:

• Asas Pengurusan dan Kewangan Koperasi oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa)

• Asas Perniagaan dan Pemasaran Digital oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM)

• Taklimat Operasi serta lawatan ke Projek Ikan Air Tawar Rapid Bio-Floc di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

• Perkongsian hala tuju koperasi (Way Forward Koperasi) oleh UiTM dan IKMa


Majlis penutupan dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki.

Turut hadir, Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial KETENGAH.


Program ini dijangka menjadi platform penting dalam melahirkan lebih ramai usahawan komuniti yang berilmu, berdaya tahan dan mampu menjana ekonomi setempat secara lestari, selaras dengan matlamat KETENGAH memperkasa komuniti wilayahnya.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.