Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERDANA SEMPENA IHYA’ RAMADAN 2026M / 1447H

14 Mac 2026
PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERDANA SEMPENA IHYA’ RAMADAN 2026M / 1447H

13 Mac 2026 (Jumaat) – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran Perdana sempena Ihya’ Ramadan 1447H bertempat di Surau Pusat Islam, Bandar Ketengah Jaya, Dungun.


Program bermula selepas Solat Asar berjemaah dengan bacaan tadarus dan khatam Al-Quran yang melibatkan seramai 70 orang peserta terdiri daripada komuniti setempat dan kakitangan KETENGAH. Majlis diteruskan dengan Bacaan Doa Khatam Al-Quran serta Tausiyyah Ramadan oleh YBrs. Ustaz Muhammad Ash-Shafie bin Abd Manan, Imam Besar Negeri Terengganu.


YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH bersama barisan pengurusan turut hadir bagi meraikan peserta seterusnya bersama dalam majlis berbuka puasa. KETENGAH merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta serta pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
231
Bulan Ini
17,166
Jumlah
3,962,046

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.