Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KEJOHANAN PETANQUE DOUBLE OPEN AL MUKTAFI BILLAH SHAH DAN JEMPUTAN VIP TAHUN 2026

12 Jun 2026
KEJOHANAN PETANQUE DOUBLE OPEN AL MUKTAFI BILLAH SHAH DAN JEMPUTAN VIP TAHUN 2026

BANDAR AL-MUKTAFI BILLAH SHAH, DUNGUN — KETENGAH menghimpunkan 64 pasukan dalam Kejohanan Petanque Double Open Al-Muktafi Billah Shah dan Jemputan VIP Tahun 2026 yang dianjurkannya dengan kerjasama Bank Rakyat di Gelanggang Petanque, Kompleks Sukan Bandar Al-Muktafi Billah Shah, pada 12 Jun.


Kejohanan kategori terbuka yang membabitkan pasukan dari pelbagai kawasan menyaksikan pasukan SMD 7 muncul johan dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM1,000, manakala FELDA 3 menduduki tempat naib johan. Pasukan KETENGAH 1 dan BBP berkongsi tempat ketiga.


Bagi kategori VIP, pasukan KETENGAH muncul juara apabila gandingan Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Noor, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) bersama Tuan Haji Abdul Halim bin Yusof, Pengurus Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, mengatasi pasukan Bank Rakyat pada perlawanan akhir. Majlis perasmian kejohanan disempurnakan oleh YBhg. Dato' Rozi bin Mamat, Pengerusi KETENGAH.


Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan komitmen dalam menjayakan penganjuran kejohanan ini, sekali gus menegaskan bahawa sukan merupakan medium berkesan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama dan memperkukuh jaringan antara agensi. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh YM Dato' Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.


KETENGAH mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang menunjukkan semangat kesukanan sepanjang kejohanan. KETENGAH berharap penganjuran seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memupuk minat masyarakat terhadap sukan petanque, di samping mengukuhkan jalinan kerjasama antara agensi dan komuniti serta menggalakkan budaya hidup sihat.


Keputusan Penuh Kategori Terbuka


Johan: SMD 7

Naib Johan: FELDA 3

Tempat Ketiga (Bersama): KETENGAH 1,

BBP


Terbaik 8:

SMD 8,

Marang 1,

Pemadu 1,

Pemadu 2


Terbaik 16:

DPC,

Penerus 2,

Padu 3,

Skoda,

Pemadu 3,

Marang 2,

FELDA 2,

G10

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.