Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH TAHUN 2026

14 Jun 2026
KURSUS PENGACARAAN MAJLIS KEPADA  PEGAWAI DAN KAKITANGAN KETENGAH TAHUN 2026

14 Jun 2026 – Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH telah menghadiri Kursus Pengacaraan Majlis Kepada Pegawai dan Kakitangan KETENGAH Tahun 2026 bertempat di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, pengucapan awam serta pengendalian majlis dalam kalangan warga kerja KETENGAH. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Tuan Haji Shahril bin Sarapudin, Master Trainer berpengalaman daripada IKON Academy, yang juga merupakan Penerbit Rancangan (Unit Bicarawara) Radio Televisyen Malaysia (RTM). Beliau telah berkongsi pelbagai ilmu dan teknik berkaitan pengacaraan majlis secara profesional, berkesan dan berimpak tinggi.


Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan kepada pelbagai aspek penting dalam pengacaraan majlis termasuk penyediaan skrip pengacara, penggunaan bahasa yang sesuai, teknik kawalan suara, intonasi dan sebutan yang berkesan, bahasa tubuh yang profesional serta kaedah mengendalikan majlis rasmi dan tidak rasmi dengan lebih yakin dan teratur. Selain sesi teori, peserta turut diberi peluang melaksanakan latihan amali bagi mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari. Pendekatan ini membolehkan peserta memperoleh pengalaman secara langsung dalam mengendalikan majlis, mengurus situasi tidak dijangka serta meningkatkan tahap keyakinan diri ketika berucap di hadapan khalayak.


Penganjuran kursus ini selaras dengan usaha KETENGAH untuk memperkukuh kompetensi warga kerja dalam aspek komunikasi dan penyampaian maklumat. Kemahiran pengacaraan yang baik bukan sahaja penting dalam memastikan kelancaran sesuatu majlis, malah turut membantu meningkatkan imej profesional organisasi dalam setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan. Melalui kursus ini, para peserta diharapkan dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk diaplikasikan dalam tugasan harian serta menjadi pengacara majlis yang berkemahiran, berketerampilan dan berkeyakinan tinggi. Secara tidak langsung, usaha ini akan menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan imej KETENGAH sebagai sebuah organisasi yang sentiasa komited terhadap pembangunan modal insan yang cemerlang.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
284
Bulan Ini
17,219
Jumlah
3,962,099

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.