Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KEM SMART KAFA PERKASA PERSIAPAN UPKK PELAJAR TAHUN 5

11 Oktober 2025
KEM SMART KAFA PERKASA PERSIAPAN UPKK PELAJAR TAHUN 5

Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ditubuhkan bagi memperkasakan pendidikan agama dalam kalangan kanak-kanak, khususnya penguasaan bacaan Al-Quran serta ilmu fardu ain. Peranan KAFA amat signifikan dalam membentuk kefahaman ibadah dan asas penghayatan agama sejak usia muda. Silibus KAFA turut menjadi komponen utama dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang akan diduduki oleh murid Islam Tahun 5 seluruh negara pada pertengahan November 2025.


Selaras dengan itu, Kelab Keluarga KETENGAH dengan kerjasama KETENGAH, Kolej KETENGAH serta Persatuan Pendidik Kelas KAFA Daerah Kemaman telah menganjurkan Kem SMART KAFA pada 10 hingga 11 Oktober 2025 bertempat di Kolej KETENGAH. Program ini melibatkan seramai 60 orang pelajar dan dibimbing oleh 11 orang tenaga pengajar yang berpengalaman.


Majlis penutupan kem telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH merangkap Presiden Kelab Keluarga KETENGAH. Hadir sama Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan Korporat KETENGAH dan Encik Wan Shahrul Nizam Wan Shafi’i, Setiausaha Kehormat Kelab 3K.


Para peserta menerima sijil penyertaan, bahan pembelajaran serta peralatan sebagai persediaan menjelang UPKK. Suasana penutup program turut diserikan dengan kegembiraan para pelajar yang pulang dengan semangat dan keyakinan baharu untuk menghadapi peperiksaan tersebut.


“Kelab Cemerlang, Keluarga Gemilang”

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.