Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK KETENGAH 2026

24 Februari 2026
PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK KETENGAH 2026

Sempena sambutan bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk KETENGAH 2026 bertempat di Kantin, Ibu Pejabat KETENGAH. Program ini merupakan antara aktiviti tahunan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan sebagai pengisian kerohanian dan kebajikan warga kerja.


Pengurus Besar KETENGAH, YM. Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa turut meluangkan masa bersama warga kerja KETENGAH dalam menjayakan program ini sebagai tanda sokongan dan kebersamaan dengan seluruh warga organisasi.


Program ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Ramadan di peringkat organisasi, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan. Di samping itu, ia memupuk semangat kerjasama berpasukan serta menyemai nilai murni berkongsi rezeki dalam kalangan warga kerja.


Sebanyak lebih 600 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada pihak Pengurusan dan kakitangan KETENGAH sebagai simbol kebersamaan serta semangat kekeluargaan dalam organisasi. Semoga program seumpama ini terus menjadi medium dalam memperkukuh ukhuwah dan membudayakan nilai kerja berpasukan selaras dengan aspirasi KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.