Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH Anjur Kejohanan Petanque Berpasukan Jemputan Piala Ketua Jabatan Daerah Dungun 2025

16 November 2025
KETENGAH Anjur Kejohanan Petanque Berpasukan Jemputan Piala Ketua Jabatan Daerah Dungun 2025

KETENGAH telah menjadi tuan rumah Kejohanan Petanque Berpasukan Jemputan Piala Ketua Jabatan Daerah Dungun bagi edisi 2025. Kejohanan ini menghimpunkan lapan pasukan daripada tujuh jabatan sekitar Daerah Dungun bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.00 beserta piala pusingan.


Jabatan yang mengambil bahagian ialah UiTM Cawangan Terengganu, Pejabat Pendidikan Daerah Dungun, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Pejabat Tanah dan Daerah Dungun, Majlis Perbandaran Dungun, PDRM Dungun dan KETENGAH selaku penganjur.


Sebagai tuan rumah, KETENGAH menyertai kejohanan dengan menghantar dua pasukan bagi memeriahkan pertandingan. Pasukan KETENGAH B berjaya meraih tempat ketiga, manakala KETENGAH A menamatkan saingan di tempat keenam.


Bagi edisi 2025, gelaran juara menjadi milik PDRM Dungun, manakala Pejabat Pendidikan Daerah Dungun muncul naib juara dan akan mengambil giliran sebagai tuan rumah pada edisi tahun hadapan.


Tahniah kepada semua pemenang.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.