Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PASUKAN PING PONG KETENGAH CIPTA SEJARAH MARA KE PERINGKAT AKHIR TEMASYA SUKAN MAKSPEN XV

25 Oktober 2025
PASUKAN PING PONG KETENGAH CIPTA SEJARAH MARA KE PERINGKAT AKHIR TEMASYA SUKAN MAKSPEN XV

Pasukan Ping Pong KETENGAH mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mara ke peringkat akhir dalam Temasya Sukan MAKSPEN XV yang berlangsung di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi, Selangor.


Kejayaan ini amat bermakna apabila kali terakhir pasukan Ping Pong KETENGAH mara ke peringkat akhir ialah pada tahun 2015, ketika KEDA menjadi tuan rumah temasya tersebut. Selepas satu dekad, pasukan ini kembali menunjukkan taring dan membuktikan kemampuan untuk bersaing di peringkat akhir.


Pada edisi terdahulu, pasukan KETENGAH tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan. Namun, berkat semangat juang, disiplin, dan keazaman yang tinggi, pasukan ini bangkit dengan tekad yang kuat pada edisi kali ini sehingga berjaya menempah tempat di pentas akhir buat julung kalinya selepas sekian lama.


Dalam perlawanan akhir yang sengit, pasukan KETENGAH terpaksa akur apabila tewas kepada pasukan RISDA, sekali gus membawa pulang pingat perak. Walaupun tidak meraih kejuaraan utama, kejayaan mara ke peringkat akhir ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti peningkatan prestasi serta semangat kesukanan tinggi dalam kalangan atlet KETENGAH.


Pihak Pengurusan KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh ahli pasukan, jurulatih, dan pegawai pengiring atas usaha gigih, komitmen, serta semangat berpasukan yang telah ditunjukkan sepanjang temasya ini. Tidak lupa juga kepada barisan urustadbir Kelab Keluarga KETENGAH (Kelab 3K) yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Kejayaan ini diharap menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga KETENGAH.


KETENGAH BOLEH!

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
231
Bulan Ini
17,166
Jumlah
3,962,046

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.