logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

LAWATAN KERJA PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS) KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) ZON TIMUR KE KETENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) berbesar hati menerima lawatan kerja daripada Ahli Mesyuarat Penyelarasan Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Zon Timur yang diketuai oleh YBrs. Encik Zuraime bin Ahmad, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kesejahteraan Rakyat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), ke projek Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) KETENGAH.

Lawatan ini diadakan bersempena Mesyuarat Kos Ekstrem Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Zon Timur. Dalam sesi lawatan tersebut, YBrs. Encik Zuraime bin Ahmad meninjau sendiri prestasi dan hasil pelaksanaan PPRS oleh KETENGAH yang melibatkan reka bentuk melintang dan menegak.

Objektif utama lawatan ini adalah bagi mewujudkan pertukaran pandangan mengenai proses pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS), selain menjadi platform memperkukuh hubungan antara agensi-agensi pelaksana PPRS di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Encik Zuraime atas kesudian hadir serta memberi sokongan terhadap usaha berterusan KETENGAH dalam memperkasa kesejahteraan rakyat luar bandar.

Diharapkan kerjasama erat antara KETENGAH dan KKDW ini akan terus menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan agenda pembangunan luar bandar yang inklusif dan mampan.