Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

SESI TEMUBUAL KHAS FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025 BERSAMA YM DATO TENGKU AHMAD NADZRI BIN TENGKU MUSA, PENGURUS BESAR KETENGAH

26 Oktober 2025
SESI TEMUBUAL KHAS FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025 BERSAMA YM DATO TENGKU AHMAD NADZRI BIN TENGKU MUSA, PENGURUS BESAR KETENGAH

Satu sesi temubual khas bersama YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah diadakan menerusi rancangan “Guane Gamok Orang Kita (GGK)” melalui saluran radio Terengganu FM.


Rancangan yang dikendalikan oleh penyampai popular Kak Chik dan Awang itu menampilkan perkongsian mengenai penganjuran Festival Kenyir Geopark 2025, yang bakal berlangsung dengan tema “Menyusuri Panorama Tasik.”


Dalam sesi tersebut, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri memaklumkan bahawa festival edisi tahun ini menampilkan lapan (8) acara utama dengan enam puluh empat (64) program menarik yang telah disusun bagi menarik kehadiran pengunjung ke festival ini. Kali terakhir Festival Kenyir dianjurkan ialah pada tahun 2019.


Beliau turut menekankan bahawa penganjuran festival ini bukan sahaja bertujuan memperkukuh sektor pelancongan, malah ianya membuka peluang ekonomi dan menambahkan pendapatan kepada komuniti setempat.


Sesi temubual ini turut memberi ruang kepada pendengar untuk mengetahui dengan lebih dekat usaha berterusan KETENGAH dalam mempromosikan pembangunan mampan, memperkasa komuniti setempat, serta memelihara khazanah alam semula jadi Tasik Kenyir.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.