Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KENYIR ECO TALK 2025 (KET2025) SEMPENA FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025

30 Oktober 2025
KENYIR ECO TALK 2025 (KET2025) SEMPENA FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025

Program Kenyir Eco Talk 2025 (KET2025) sempena Festival Kenyir Geopark (FKG) 2025 dengan tema “Menyusuri Panorama Tasik” telah berlangsung dengan penuh warna, inspirasi dan semangat kecintaan terhadap alam semula jadi dan pengenalan kepada produk pelancongan.


Berteraskan konsep TEDTalk, program ini menjadi platform ilmu dan inspirasi yang mengetengahkan pelbagai topik menarik berkaitan Warisan & Budaya, Eko-pelancongan & Alam Semulajadi, Gastronomi Desa serta Pakej Pelancongan, menyingkap keunikan Kenyir Geopark sebagai destinasi pelancongan ikonik Negeri Terengganu.


KET2025 turut menampilkan barisan penceramah berwibawa terdiri daripada penyelidik, pakar akademik, penggiat industri serta wakil persatuan pelancongan tempatan. Program ini telah berjaya menarik penyertaan lebih 500 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi, persatuan dan pemain industri — hadir secara fizikal dan atas talian.


Sebagai kemuncak pengalaman, para peserta turut berpeluang menyusuri panorama indah Tasik Kenyir menaiki bot, menyelami keunikan khazanah alam dan ekosistem geopark yang memukau.

Penganjuran KET2025 diharap dapat menyemarakkan kesedaran terhadap kepelbagaian biodiversiti, warisan semula jadi dan keunikan budaya Negeri Terengganu, sekali gus memperkukuh Kenyir Geopark sebagai destinasi eko-pelancongan unggul dan kebanggaan Malaysia!

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.