Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Lawatan Pemantauan Peserta Program SURIA Tahun 2024 dan 2025

8 Oktober 2025
Lawatan Pemantauan Peserta Program SURIA Tahun 2024 dan 2025

Program Suri Impian (SURIA) telah dilaksanakan secara berterusan bermula tahun 2022 hingga 2025 bertujuan menyediakan latihan kemahiran dan bantuan mesin dan peralatan untuk menambah pendapatan ibu tunggal dan suri rumah disamping dapat meningkatkan taraf hidup keluarga.


Pada 8 Oktober 2025 (Rabu), satu lawatan pemantauan telah diadakan ke premis peserta Program SURIA bagi tahun 2024 dan 2025. Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Zainuddin bin Hj Md. Zaki bersama beberapa orang pegawai KETENGAH. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menilai perkembangan dan keberkesanan pelaksanaan projek yang telah diberikan di bawah program tersebut.


Semasa lawatan, pasukan pemantau telah meninjau aktiviti perniagaan peserta yang melibatkan program jahitan dan juga penjualan produk makanan. Peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengusahakan projek masing-masing. Peserta turut diberikan nasihat serta pandangan penambahbaikan bagi memastikan projek terus berkembang secara mampan.


Secara keseluruhannya, lawatan pemantauan ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan agar mereka terus berusaha meningkatkan kualiti produk serta memperkukuh kedudukan dalam pasaran tempatan. Program seperti ini diharap dapat memberi manfaat berterusan kepada komuniti dan menyumbang kepada peningkatan ekonomi setempat

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.