Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS) KETENGAH KE GIATMARA NEGERI KELANTAN

4 Oktober 2025
LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS) KETENGAH KE GIATMARA NEGERI KELANTAN

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) ke GIATMARA Negeri Kelantan yang diketuai oleh Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Delegasi KETENGAH telah disambut mesra oleh Puan Renie Kasriana binti Kaman, Pengarah GIATMARA Negeri Kelantan bersama barisan pegawai GIATMARA.


Objektif utama lawatan ini adalah untuk memperkukuh hubungan dua hala antara agensi kerajaan, khususnya agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), selain menjadi platform pertukaran pandangan mengenai proses pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).


Antara pengisian lawatan termasuklah tinjauan ke lokasi rumah PPRS Bina Baharu yang telah siap dibina, yang menampilkan dua reka bentuk berbeza iaitu melintang dan menegak, di sekitar daerah Tumpat, Kelantan.


KETENGAH merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak GIATMARA Negeri Kelantan atas kesudian menerima kunjungan ini serta keterbukaan dalam berkongsi pandangan dan pengalaman yang amat bernilai.


Kerjasama erat antara KETENGAH dan GIATMARA diharap akan terus memacu keberkesanan pelaksanaan PPRS demi kesejahteraan rakyat luar bandar.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.