Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM SOLAT SUNAT & KULIAH DHUHA PERINGKAT KETENGAH

13 Januari 2026
PROGRAM SOLAT SUNAT & KULIAH DHUHA PERINGKAT KETENGAH

KETENGAH telah menganjurkan Program Solat Sunat dan Kuliah Dhuha bertempat di Surau Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah pada hari ini bermula jam 8.30 pagi.

Program yang penuh pengisian rohani ini telah dimulakan dengan kuliah bertajuk “Penghayatan Isra’ Mikraj” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Wahairi bin Mahmud, Mantan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Akademik dan Pengajian Islam, UiTM Terengganu (Kampus Dungun).

Penganjuran program ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya penghayatan Islam dalam kalangan warga kerja KETENGAH, di samping menjadi wadah pengukuhan rohani serta peningkatan kefahaman terhadap peristiwa agung Isra’ dan Mikraj sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah jemputan serta semua warga kerja yang hadir dan memberikan sokongan terhadap penganjuran program ini.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan warga kerja yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan intelek.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.