Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Asas Integriti dan Etika Kerja

26 Februari 2025
Kursus Asas Integriti dan Etika Kerja

Telah berlangsung Kursus Asas Integriti dan Etika Kerja : Meningkatkan Kepercayaan dan Profesionalisme Pegawai dan Kakitangan Lantikan Baharu KETENGAH di Bawah Program Pendidikan Nilai Integriti (PENITI) Tahun 2025 selama satu hari bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang yang dikendalikan oleh penceramah jemputan dari Institut Integriti Malaysia (IIM) iaitu Encik Nur Imran bin Mohd Shaili dan Puan Nurul Hasanah binti Ahmad, Penguasa Kanan merangkap Ketua Cawangan SPRM Kemaman.


Kursus ini telah disertai seramai 34 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan lantikan baharu KETENGAH.


Kursus ini telah memberikan kefahaman berkaitan konsep asas integriti dan etika dalam kehidupan dan pekerjaan kepada peserta. Di samping itu juga, peserta dapat mengetahui tentang kepentingan integriti dalam membina kepercayaan dan imej organisasi.


Majlis Penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) diiringi Encik Shamsul Kamal bin Mohd Amin, Ketua Unit Integriti KETENGAH.


Kurus Asas Integriti dan Etika Kerja : Meningkatkan Kepercayaan dan Profesionalisme Pegawai dan Kakitangan Lantikan Baharu KETENGAH di Bawah Program Pendidikan Nilai Integriti (PENITI) Tahun 2025 diakhiri dengan bacaan Ikrar Integriti KETENGAH yang diketuai oleh Encik Junizam Jefri bin Jaafar, Pembantu Penguatkuasa, Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.