Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH MERANGKAP PENGERUSI KETENGAH KE LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

5 Mei 2025
PROGRAM LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH MERANGKAP PENGERUSI KETENGAH KE LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) selaku Pengerusi Jemaah Lembaga KETENGAH.


Dalam pengisian lawatan tersebut, beliau telah menerima taklimat pembangunan KETENGAH yang telah disampaikan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Taklimat ini merangkumi pencapaian, cabaran serta hala tuju strategik agensi dalam pembangunan wilayah.


YBhg. Datuk KSU turut meluangkan masa bersama barisan pengurusan KETENGAH untuk berkongsi maklumat dan mendengar pandangan berkaitan hala tuju pembangunan wilayah KETENGAH.

Seterusnya, YBhg. Datuk KSU telah melawat Projek Agrotek KETENGAH yang terletak di Durian Mentangau, Dungun. Lawatan ini memberi peluang kepada beliau untuk melihat sendiri pelaksanaan projek berasaskan pertanian moden yang menjadi antara inisiatif utama KETENGAH dalam memperkasa ekonomi luar bandar.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.