KETENGAH SERTAI LARIAN MAPPA XXI 2026, SEMARAK GAYA HIDUP SIHAT

PUTRAJAYA, 8 Ogos 2026 – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) turut menyertai Larian MAPPA XXI 2026 sebagai tanda sokongan terhadap usaha membudayakan gaya hidup sihat, aktif dan cergas dalam kalangan warga kerja KETENGAH.
Seramai 35 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH mengambil bahagian dalam larian tersebut yang diketuai oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.
Turut hadir menyertai program ialah Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan, serta Encik Hazroll Eizwal bin Jasni, Pengurus Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Penyertaan warga KETENGAH dalam Larian MAPPA XXI 2026 turut mencatatkan pencapaian membanggakan apabila Che Ahmad Sharieffudin Shah Che Ahmad Taziri berjaya menduduki tempat ke-9 terbaik bagi Kategori 21KM Awam Lelaki dengan catatan masa 1 jam 36 minit 56 saat. Sementara itu, bagi Kategori 21KM Awam Wanita, Puan Nurul Akmal Adnan turut mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya menduduki tempat ke-6 terbaik dengan catatan masa 2 jam 28 minit 40 saat.
Penyertaan ini bukan sahaja mengharumkan nama KETENGAH, malah menjadi platform dalam meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan diri, di samping memperkukuh hubungan silaturahim, semangat setiakawan dan kebersamaan dalam kalangan warga KETENGAH.
KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh peserta yang telah memberikan komitmen serta berjaya menamatkan larian. Semoga semangat kesukanan dan gaya hidup sihat ini terus menjadi budaya dalam kalangan warga KETENGAH. Tahniah dan syabas kepada semua peserta KETENGAH!





