Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PEMBANGUNAN TASIK KENYIR DIPERKASA MENERUSI SOKONGAN MOTAC

27 Julai 2026
PEMBANGUNAN TASIK KENYIR DIPERKASA MENERUSI SOKONGAN MOTAC

HULU TERENGGANU, 27 JULAI 2026 – Pembangunan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan utama negara terus diperkukuh menerusi sokongan dan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).


YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menghadiri Sesi Penyerahan dan Lawatan Tapak Projek Siap Kerja-Kerja Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naiktaraf (PPUN) di bawah Peruntukan MOTAC bagi meninjau hasil pelaksanaan projek pelancongan di Tasik Kenyir. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH bersama YBrs. Encik Shamsul Kamal bin Mohd Amin, Pengurus Zon Bebas KETENGAH.


Di majlis ini juga diadakan Sesi Penyerahan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) kepada kontraktor yang dilantik iaitu Lingkaran Emas Resources sebagai tanda kerja-kerja yang dilaksanakan telah siap dan diperaku terima oleh KETENGAH.


Projek bernilai RM500,000.00 ini memfokuskan naik taraf dan baik pulih kemudahan pelancongan di Tanjung Bewah, Gua Bewah dan Melunak Trail, Tasik Kenyir antaranya baikpulih dewan terbuka, 5 unit wakaf, 2 unit tandas, 24 unit tapak perkhemahan, laluan ke Melunak Trail di samping membina baharu 1 unit tandas, 2 unit mercu tanda, dan papan tanda amaran.


Projek ini memberi impak bagi memastikan standard kualiti, keselamatan & keselesaan pelawat, menambah baik pengalaman pengunjung dan memperkukuh daya saing produk ekopelancongan Tasik Kenyir.


KETENGAH komited memperkukuh kerjasama strategik bersama MOTAC dilaksanakan dengan berkesan serta memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara. Kerjasama strategik ini turut menyokong usaha memperkaya pengalaman pelancong, meningkatkan daya tarikan Tasik Kenyir serta memelihara khazanah alam semula jadi secara berterusan.


KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MOTAC atas sokongan, kepercayaan dan komitmen yang diberikan dalam memperkasa Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing, mampan dan berpotensi tinggi.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
250
Bulan Ini
17,185
Jumlah
3,962,065

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.