Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Santuari Kelah Berpotensi Jadi Produk Ekopelancongan Utama Terengganu

27 Julai 2026
Santuari Kelah Berpotensi Jadi Produk Ekopelancongan Utama Terengganu

TASIK KENYIR, HULU TERENGGANU — Potensi Santuari Kelah sebagai produk ekopelancongan utama Terengganu diberi tumpuan menerusi lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot ke santuari berkenaan pada 27 Julai.


Lawatan tersebut disertai YBrs. Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH dan YBrs. Encik Shamsul Kamal bin Mohd Amin, Pengurus Zon Bebas KETENGAH.


Tumpuan diberikan kepada keupayaan Santuari Kelah untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan utama yang menggabungkan elemen pemuliharaan, pendidikan dan ekopelancongan dalam satu tarikan yang sama.


Menerusi pendekatan tersebut, usaha pemuliharaan spesies ikan kelah secara mampan terus diperkasa, di samping meneroka peluang memperkukuh pembangunan produk pelancongan berasaskan alam semula jadi selaras dengan aspirasi memperkasa sektor pelancongan negara.


KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MOTAC atas lawatan serta sokongan berterusan terhadap pembangunan produk pelancongan di Tasik Kenyir.


KETENGAH dan MOTAC komited untuk terus memperkukuh kerjasama dalam membangunkan produk pelancongan yang berkualiti, lestari dan berdaya saing bagi mengukuhkan kedudukan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan pilihan utama.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.