Karnival Terengganu Endurance Park 2025 yang berlangsung dari 16 hingga 18 Mei 2025 di Lembah Bidong, Setiu telah mendapat sambutan hangat dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk peserta antarabangsa. Bidong Flora Fest 2025 merupakan salah satu tarikan utama di karnival ini.
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) turut sama menyertai Bidong Flora Fest 2025 dengan membawakan konsep “Hubungan di antara manusia dengan alam semula jadi”.
Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar bersama isteri dan diiringi oleh YB Dato’ Nara Setia (Dato’ Zulkifli bin Ali) dan Exco Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu, YB Hishamuddin Abdul Karim telah meluangkan masa mengunjungi taman alam semula jadi KETENGAH semasa sesi WalkAbout. Rombongan telah disambut oleh Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa bersama-sama Pengurus Kanan (Korporat), Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad dan Pengurus Pelancongan KETENGAH, Puan Fadhlina bt Mohamed.
Karnival ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik Bidong Trail Run, Gymkhana, TIEP Tug of War, Horse Show, Bidong Big Bike Trail Challenge, Pertandingan Dikir Barat, TIEP Kopi Viral, dan persembahan payung terjun oleh Pasukan Elit VAT 69.