Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Lawatan Delegasi Majlis Pembangunan Wilayah Timur (ECER)

18 Mei 2025
Lawatan Delegasi Majlis Pembangunan Wilayah Timur (ECER)

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menerima kehadiran delegasi Majlis Pembangunan Wilayah Timur yang diketuai oleh Encik Fakhrul Nizam Baharum, Ketua Bahagian Perniagaan Tani. Tujuan lawatan diadakan adalah bagi melihat potensi dan peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam rangka mewujudkan pembangunan ekonomi Wilayah yang berdaya maju.


Delegasi telah diberikan taklimat berkenaan pembangunan projek pertanian oleh Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan. Seterusnya delegasi telah dibawa melihat dan meninjau kawasan projek pertanian iaitu Projek Lembah Makanan dan Projek Agrotek Desa. YBrs Encik Zainuddin bin Hj. Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH hadir sama sepanjang lawatan berkenaan.


Diharapkan, kunjungan Delegasi ini dapat membuka ruang perbincangan strategik dalam bidang pertanian yang menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor agro yang lebih mampan dan membuka peluang ekonomi serta pekerjaan kepada penduduk dalam wilayah KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.