logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

LAWATAN PENANDA ARAS PEMBANGUNAN BAHAGIAN EKONOMI DAN USAHAWAN

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan lawatan penanda aras ke projek- projek pertanian iaitu Projek Tanaman Sorghum, Projek Tanaman Fertigasi Cili, dan Projek Tanaman Nanas.

Tempat pertama yang dilawati peserta ialah projek tanaman sorghum di Bentong, Pahang. Tanaman sorghum atau dikenali sebagai sekoi memiliki potensi untuk menjadi makanan pengganti atau alternatif kepada beras dan tepung gandum. Sorghum kaya dengan nutrien, rendah lemak, tinggi protein, serat, vitamin B dan mikronutrien, menjadikannya antara bijirin terpenting selepas beras, gandum, jagung dan soya.

Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, pegawai dan kakitangan KETENGAH serta usahawan bimbingan KETENGAH.
Pada hari kedua, lawatan diteruskan ke projek tanaman fertigasi cili di IPR Putrajaya yang diuruskendalikan oleh PPK Kuala Langat. Pelbagai teknik dan pengalaman telah dikongsi oleh mereka berkaitan tanaman fertigasi cili yang diusahakan.

Lokasi terakhir yang dilawati ialah ke kebun Pak Din bertujuan mendapatkan pendedahan, mempelajari ilmu dan perkongsian pengalaman bagi pelaksanaan Projek Tanaman Nanas yang akan diadaptasikan dengan projek pertanian di KETENGAH. Sifat ramah dan kemesraan serta tunjuk ajar yang diberikan oleh Pak Din telah membuka minda peserta lawatan tentang penjagaan nanas.
Pihak KETENGAH berharap agar lawatan ini telah membuka minda, menambahkan ilmu, menerokai teknologi dan mencetuskan idea baru di samping membuka jaringan perniagaan.

Disamping itu juga, lawatan ini dapat memberi inspirasi kepada usahawan untuk terus komited dan konsisten dalam bidang pertanian bagi memajukan sektor pertanian luar bandar yang lebih mampan dan berdaya saing dalam rangka memperkasakan ‘food security’ negara.