Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

8 Disember 2025
Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Satu Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah berlangsung di The Westin Kuala Lumpur bagi pelaksanaan Projek Tanaman Rumput Napier di Negeri Terengganu.


Majlis penuh bermakna ini turut disaksikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu yang sentiasa menzahirkan keprihatinan baginda terhadap usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat.


Melalui kerjasama strategik ini, permulaan seluas 20.328 ekar kawasan di Lembah Makanan KETENGAH, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun akan dibangunkan secara sistematik bagi Tanaman Rumput Napier sebagai salah satu inisiatif memperkasa komuniti setempat.

Pemeteraian MoU ini, mencerminkan komitmen berterusan YDSM dan KETENGAH dalam mengangkat martabat komuniti luar bandar, khususnya golongan asnaf dan B40 sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri secara menyeluruh.


Hadir dalam majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Haji Rozi bin Mamat, Pengerusi KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, Encik Zainuddin bin Haji Md.Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Pengurusan KETENGAH.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.