Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM SEPAKAT ASYURA BERSAMA KOMUNITI KETENGAH (KAMPUNG AIR PUTEH, KEMAMAN) TAHUN 2026

16 Julai 2026
PROGRAM SEPAKAT ASYURA BERSAMA KOMUNITI KETENGAH (KAMPUNG AIR PUTEH, KEMAMAN) TAHUN 2026

KHAMIS, 16 JULAI 2026 - Program Sepakat Asyura Bersama Komuniti KETENGAH (Kampung Air Putih, Kemaman) Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan di Dataran Astaka Kampung Air Putih, Kemaman.


Program yang merupakan hasil kerjasama antara KETENGAH dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Air Putih ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi kerajaan dan komuniti setempat, di samping menyemarakkan semangat gotong-royong serta memperkukuh perpaduan masyarakat.


Seawal jam 7.00 pagi, suasana meriah dengan kehadiran Pengurus-Pengurus Bahagian, pegawai dan kakitangan KETENGAH, Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB), PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH serta komuniti Kampung Air Putih yang berganding bahu menyediakan 8 kawah bubur asyura.


Sebanyak kira-kira 1,000 bekas bubur asyura berjaya diagihkan kepada penduduk Kampung Air Putih serta komuniti setempat. Agihan turut disampaikan kepada Balai Polis Air Putih, Klinik Kesihatan Air Putih serta warga guru sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat mereka kepada masyarakat.


Program turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Tuan Haji Mohd Radzi bin Md.Noor, Timbalan Pengurus Besar (PEMBANGUNAN) KETENGAH, YBhg. Dr. Zaki bin Salleh, Penyelaras JPKKP DUN Air Putih dan To’ Puan Anizal binti Yusoff Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH.


Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan, kesukarelawanan dan perpaduan yang dipupuk melalui program ini terus mekar demi kesejahteraan komuniti.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
285
Bulan Ini
17,220
Jumlah
3,962,100

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.