PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH (KKDW) BERSAMA KETENGAH

DUNGUN, 10 Oktober 2026 – YBhg. Datin Rosnida binti Musa@Mahmud, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), bersama-sama YBhg. To’ Puan Anizal binti Yusoff, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH, Timbalan Pengerusi, Ahli Jawatankuasa (AJK) dan ahli PUSPANITA KETENGAH, telah menyertai Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat KETENGAH Tahun 2026 yang berlangsung di pekarangan Muzium Bukit Besi, Dungun, Terengganu.
Selepas menyertai aktiviti sukan, YBhg. Datin Rosnida dan YBhg. To’ Puan Anizal bersama-sama AJK PUSPANITA KETENGAH melawat Muzium Bukit Besi. Sepanjang lawatan, para peserta memperoleh maklumat tentang sejarah perlombongan bijih besi, meninjau galeri pameran dan menyaksikan tayangan video yang memaparkan sejarah serta perkembangan Bukit Besi. Rombongan kemudiannya meneruskan lawatan ke premis perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) Rempah Ikan Bakar, di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS).
Lawatan ini memberi peluang untuk mengenali perusahaan tempatan dengan lebih dekat serta memahami potensi perusahaan tersebut dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat. Penyertaan PUSPANITA dalam program ini mencerminkan komitmen persatuan dalam menyokong pembudayaan gaya hidup sihat, memperkukuh hubungan silaturahim dan memperluas pengetahuan tentang warisan sejarah serta potensi perusahaan tempatan.





