logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM MOTIVASI INTELEK MUDA (ILMU) TAHUN 2024

Pada hari ini, Majlis Perasmian Penutup Program Motivasi Intelek Muda (ILMU) Tahun 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Kolej Ketengah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Hasri bin Omar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia KETENGAH.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial KETENGAH, Encik Mohd Nubairi bin Mat Nor, Penolong Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial KETENGAH, pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial KETENGAH, serta para pensyarah dan guru-guru pengiring dari SMK Durian Mas, SMK Bukit Besi, dan SMK Ketengah Jaya.

Program ILMU ini merupakan inisiatif tahunan anjuran KETENGAH untuk semua 16 buah sekolah menengah yang berada di Wilayah Ketengah. Tahun ini, program ini telah diadakan dalam 5 siri yang bermula sejak 17 Oktober 2024 dan hari ini adalah siri terakhir, yang melibatkan seramai 230 orang pelajar dari tiga sekolah menengah di daerah Dungun.

Program ini dikhususkan kepada calon-calon SPM dan STPM 2024, yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun hadapan. Diharapkan program ini dapat memberi motivasi dan persediaan mental kepada para pelajar dalam menghadapi cabaran peperiksaan yang bakal tiba.
Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dan semoga kejayaan menanti anda semua!