Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH TERIMA PENGIKTIRAFAN SAGA

27 November 2024
KETENGAH TERIMA PENGIKTIRAFAN SAGA

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) antara sebelas Badan Berkanun Persekutuan dan tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) dianugerahkan Sijil Pematuhan Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan (SAGA) oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pada Majlis Anugerah Sijil Pematuhan SAGA (MASS) 2024.


KETENGAH diwakili oleh Encik Zainuddin bin Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Abdul Halim bin Yusof, Pengurus Kewangan dan Perakaunan, Encik Hazroll Eizwal bin Jasni, Pengurus Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan pegawai-pegawai daripada Bahagian Kewangan dan Perakaunaan dan Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.


Majlis ini turut dihadiri oleh wakil KKDW iaitu YBhg. Dato’ Dr Roslan bin Mahmood, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) dan Puan Sabariah binti Yusof@Eusope, Setiausaha Bahagian Akaun.


Sijil Pematuhan SAGA dianugerahkan bagi mengiktiraf agensi kerajaan yang membangunkan sistem aplikasi perakaunan dan kewangan setelah mendapat kelulusan reka bentuk sistem daripada JANM berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2018.

Tahniah diucapkan kepada KETENGAH & semua yang terlibat.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.