Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

KIT BANTUAN BENCANA DIAGIHKAN

27 November 2024
KIT BANTUAN BENCANA DIAGIHKAN

Kit Bantuan Bencana terus diagihkan kepada mangsa bencana banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Kit Bantuan Bencana yang diberikan berupa bekalan makanan kering dan keperluan asas.


Setakat jam 8.00 malam, 27 November 2024 (Rabu) sebanyak 2 PPS telah dibuka iaitu PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja. Seramai 251 orang mangsa telah berpindah ke PPS berkenaan yang melibatkan 76 keluarga bagi daerah Dungun.


Sumbangan Kit Bantuan Bencana telah disampaikan oleh Encik Faizol bin Ab Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan dan hadir sama Encik Mohd Hafiz bin Ahmad, Pengurus Zon Bebas serta Encik Fadhli Azizi bin Yusof, penyelaras Bilik Gerakan bencana Wilayah KETENGAH.


Bagi Penduduk wilayah KETENGAH daerah Kemaman, sebuah PPS telah dibuka iaitu PPS Padang Kubu membabitkan 45 keluarga dengan seramai 141 orang mangsa.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.