logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

KURSUS AGRODESA MADANI FERTIGASI CILI WILAYAH KETENGAH TAHUN 2025

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Terengganu telah menganjurkan Kursus Agrodesa Madani Fertigasi Cili Wilayah KETENGAH Tahun 2025 pada 17-18 September 2025 bertempat di Pavilion Usahawan, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pengusaha fertigasi cili dalam wilayah KETENGAH mengenai teknik penanaman cili yang terkini, kaedah penjagaan pokok bagi mengelakkan pokok terkena serangan serangga perosak atau penyakit serta cara bancuhan baja yang lebih efisien untuk tumbesaran pokok. Dengan ilmu yang dikongsikan, peserta diharap dapat meningkatkan pengeluaran hasil agar mencapai sasaran dan memenuhi keperluan pasaran semasa.
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBr. Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH.

Melalui ucapan beliau, peserta perlu mendapatkan pendedahan awal tatacara dan prosedur pelaksanaan projek-projek sedia ada yang akan dinilai berpotensi untuk dinaiktaraf ke projek berskala besar yang akan memberi manfaat kepada komuniti setempat pada umumnya dan Negeri pada amnya.

KETENGAH akan terus berusaha untuk memberi kerjasama dan mencurahkan bakti demi peningkatan sosioekonomi masyarakat dalam wilayah KETENGAH.