Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

LAWATAN PEMANTAUAN STATUS PELAKSANAAN PROJEK DI BAWAH PROGRAM DESA LESTARI

17 Januari 2025
LAWATAN PEMANTAUAN STATUS PELAKSANAAN PROJEK DI BAWAH PROGRAM DESA LESTARI

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengadakan Lawatan Pemantauan Status Pelaksanaan Projek Penternakan Lobster Air Tawar di bawah Program Desa Lestari oleh Koperasi An Nur Taman Pulai Api Ajil Terengganu Berhad.


Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memantau status terkini pelaksanaan projek dan hala tuju projek ini pada masa akan datang. KETENGAH yang dilantik sebagai agensi pelaksana dan pembayar bagi projek ini turut melaporkan status terkini pelaksanaan projek.


YBrs. En. Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), KETENGAH hadir menyantuni delegasi daripada KKDW yang diketuai oleh YBrs. Puan Siti Azwah binti Mohd Zubir, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Ekonomi Komuniti.


Lawatan ini juga turut dihadiri oleh pihak-pihak berkepentingan iaitu Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Negeri Terengganu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
313
Bulan Ini
17,248
Jumlah
3,962,128

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.