Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

PROGRAM PEMERKASAAN BAPA TAHUN 2025

15 November 2025
PROGRAM PEMERKASAAN BAPA TAHUN 2025

Pada 15 November 2025 (Sabtu), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu telah berjaya melaksanakan Program Pemerkasaan Bapa Tahun 2025 dengan penuh jayanya di Dewan Utama, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun.


Seramai 52 peserta mewakili 26 keluarga daripada komuniti dalam wilayah KETENGAH telah mengambil bahagian melalui kerjasama erat sekolah-sekolah rendah kebangsaan setempat. Program ini dirangka khusus bagi memperkukuh pengetahuan serta kemahiran peserta dalam hubungan kekeluargaan, di samping membuka ruang untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara ahli keluarga.


Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Encik Zainuddin Bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, yang berbesar hati menyempurnakan sesi perasmian penutup serta menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta.


KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan cemerlang. Semoga ilmu, nilai dan pengalaman yang diperoleh dapat terus diamalkan dalam keluarga masing-masing.


Sekalung tahniah dan terima kasih kepada LPPKN serta semua pihak yang telah berganding bahu dalam menjayakan program bermakna ini.

Galeri

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
252
Bulan Ini
17,187
Jumlah
3,962,067

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.