logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

LAWATAN VERIFIKASI PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN KKDW BERSTATUS SIAP SEPENUHNYA DI NEGERI TERENGGANU

Satu Lawatan Verifikasi Projek Pembangunan berstatus Siap Sepenuhnya di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah diadakan di beberapa lokasi dalam Wilayah KETENGAH, Negeri Terengganu.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Julnain bin Abdul, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan (BPP), KKDW. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Encik Ahmad Hafiz bin Shamsir dan Encik Muhammad Fakhrul Ikhwan bin Zakeria daripada bahagian yang sama.
Wakil Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) diketuai oleh Encik Adnan bin Awang Sulong, Pengurus Pemantauan dan Kawal Selia Anak Syarikat, bersama pegawai-pegawai daripada Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan, Bahagian Pelancongan, serta Bahagian Perkhidmatan Teknik.

Lawatan ini bertujuan untuk mengesahkan status pelaksanaan projek yang telah siap sepenuhnya di lapangan serta menilai potensi dan nilai tambah projek bagi cadangan penilaian outcome pada masa akan datang.

Antara projek yang dilawati ialah Projek Naiktaraf dan Baikpulih Premis Perniagaan Wilayah KETENGAH yang dikendalikan oleh Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan, serta Projek Pembangunan Pelancongan Luar Bandar di bawah Bahagian Pelancongan.

Program lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan soal jawab sebelum diteruskan dengan tinjauan ke beberapa tapak projek di sekitar Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dan Tasik Puteri, Bukit Besi. Selain itu, lawatan turut melibatkan kawasan Bandar Bukit Besi dan Kampung Tanjung, Jerangau Sungai, Dungun di bawah projek pembangunan pelancongan luar bandar.

Lawatan verifikasi ini dilaksanakan secara berterusan oleh KKDW bagi memastikan setiap projek pembangunan yang telah siap dapat memberi manfaat kepada kumpulan sasar serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat luar bandar khususnya di wilayah KETENGAH.